12 -14 Dec 2011
Program Pewaris dan Aulad BP
Alhamdulillah, program pewaris IKRAM BP masa cuti sekolah telah selamat berlangsung pada 12, 13 dan 14 Disember 2011 bertempat di Homestay Farmina Parit Raja Darat, Batu Pahat.
Program 3 hari 2 malam ini telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dari anak-anakkeluarga IKRAM BP dimana seramai 20 orang telah hadir.
Hari pertama pada sebelah petang kami telah membuat aktiviti di Tasik Y. Explorace untuk anak remaja dan melukis untuk aulad.
Sebelah malamnya satu slot tazkirah mengenai Hari Asyura telah disampaikan oleh Ustazah Kahdijah.
Hari kedua selepas kudapan, kami telah bertolak ke UTHM untuk mengadakan lawatan ke Perpustakaan dan Masjid Baru UTHM.
Rombongan seramai 40 orang (peserta, fasi dan pengendali program) telah disambut oleh Pengarah Pusat Islam sendiri dan diakhir lawatan kami telah dijamu dengan nasi ayam.Hadir bersama kami juga, 2 orang wakil IKRAM di UTHM iaitu Prof Mohd Zainal dan Prof Madya Dr Khalid. Terima kasih kepada saudara Saifulfazad yang telah menguruskan aktiviti ini. Sebelah malam YDP IKRAM BP (Us Md Isa) sendiri telah menyampaikan tazkirah tentang kelebihan Al-Qur’an.
Hari ketiga pula peserta program telah membuat persembahan kumpulan masing-masing iaitu nasyid dan lakonan. Selepas itu diadakan aktiviti Tasmik, sharing and caring dan akhirnya sebelum pulang ke rumah masing-masing, Dr Jiwa (TYDP IKRAM BP) telah menyampaikan ucapan dan menutup rasmi program tersebut.
26/11/2011
Program “Sepetang bersama Dr Harlina Siraj”
Program bertemakan “Menangani kepelbagaian dalam keluarga”. Ia telah berlansung dari pukul 2.30 ptg hingga 5 ptg di dewan Wisma anak yatim Batu Pahat. Kehadiran adalah dalam sekitar 80 orang di mana lebih kurang 50 orang daripadanya adalah dari kalangan masyarakat umum. Seramai 4 orang telah mengambil borang keahlian . Di antara tetamu khas pada hari itu adalah Pengerusi Kumpulan Wanita Kg. Istana. Dua orang wakil Wisma Anak Yatim juga turut hadir.
20/11/2011
Program Sunaton Sri Medan
Pada Ahad 20 November, IKRAM Batu Pahat dengan kerjasama PPIM Students Chapter CUCMS dan Hospital Pakar An Nur telah mengadakan program Khatan beramai2 dan Pemeriksaan Kesihatan Percuma di Kg Sejagung, Seri Medan, Bt Pahat. TYDP IKRAM Bt Pahat, Prof Dr Jiwa, telah mempengerusikan program yang di rasmikan oleh YB Noraini Ahmad, Wakil Rakyat BT Pahat. Kawasan ini yang pertama kali di ziarah oleh team DERU semasa banjir tahun 2006, telah menjadi host ibubapa angkat kepada lebih 45 pelajar yang mengikuti tarbiyyah IKRAM di CUCMS. Kenangan banjir walaupun telah berlalu lebih 5 tahun yang sudah, masih segar di ingatan kami. Program kemanusiaan tidak harus berlaku secara “touch and go”, malah menjadi peluang dakwah untuk kita kesani masyarakatnya dalam jangkamasa yang panjang.
Program ini juga telah turut di sertai pelajar perubatan Newcastle University Malaysia (NUMED) dari Johor dan graduan CUCMS yang kini bekerja sebagai house officers di Hospital Daerah Batu Pahat. Alhamdulillah lebih lebih 40 anak2 dari kampung2 di daerah Seri Medan telah di khatankan dengan selamat di Sekolah Kg Sejagung.
10/9/2011 – 11/9/2011
Program Ziarah/Marhaban Raya
Program ini telah diadakan dengan tujuan untuk merapatkan ukhuwah di kalangan ahli-ahli IKRAM Batu Pahat.
Pada hari Sabtu (10 Sept) kami telah menziarahi sebanyak 5 buah keluarga di sekitar Parit Raja dan Air Hitam. Pada hari Ahad (11 Sept) pula kami berpeluang menziarah sebanyak 6 buah keluarga yang tinggal di Batu Pahat.
13/8/2011
Majlis Iftar Perdana
Majlis telah diadakan di perkarangan Sekolah Agama Kg. Istana (SAKI).
Kehadiran sekitar 150 orang termasuk anak-anak dan cucu ahli. Turut di meriahkan dengan kehadiran anak-anak IPT seperti KKTM, IPTHO dan UTHM.
Pada sebelah pagi, bertempat di Masjid At-Tarbiyyah, anak-anak IPT IPTHO telah memasak bubur lambuk. Seterusnya di bungkus untuk edaran sekitar lokasi berbuka puasa di Kg Istana.
Acara memasak juadah berbuka puasa telah bermula sekitar jam 2:30 petang. Ikhwah dan akhawat telah berganding bahu merewang dan masak bersama-sama.
Selepas solat asar, ahli-ahli yang hadir telah mendengar Tazkirah Ramadan secara multimedia yang disampaikan oleh Prof Md Zainal Md Yusuf.
Edaran bubur lambuk yang di letak pelekat IKRAM bersama flyers tazkirah Ramadan telah dibuat oleh anak-anak remaja sambil beramah mesra dengan penerima dan menerangkan tentang Pertubuhan IKRAM secara ringkas.

6/8/2011 – 7/8/2011
Remaja Raikan Ramadhan (3R)
Program telah diadakan di Masjid Riyadhus Solihin, Pintas Puding, Parit Raja, Batu Pahat. Seramai lebih kurang 100 orang peserta termasuk faslitator telah hadir.
Qiam pada pagi Ahad telah diimamkan oleh YDP IKRAM BP, Ustaz Mat Isa Man.
7/8/2011
Program Bingkisan Ramadhan
Unit Khidmat Masyarakat IKRAM Batu Pahat telah menyampaikan bantuan Ramadhan di Kg Seri Menanti dan Kg Sejagong, Seri Medan. Sebanyak 10 buah keluarga telah disantuni. Mereka adalah dari keluarga yang dhaif dan serba kekurangan kehidupannya,
30/7/2011
Semarak Ramadhan – Aqsa Syarif – Jasamu Dikenang
Program telah berlangsung di Surau al-Hidayah Sri Menanti. Seramai lebih kurang 100 orang telah hadir. Majlis bermula pada jam 3.15 ptg dengan bacaan doa oleh Tuan Hj Isnin bin Hj Razali. Kemudian disusuli dengan kata-kata aluan dari Naib Kg Sri Medan iaitu Tuan Hj Umar bin Hj Salih.
Menurut kata Hj Umar program hari itu adalah kali yang kedua dari IKRAM dilaksanakan di kampongnya, di mana yang pertama adalah ceramah Palestin pada tahun lepas. Beliau sangat gembira dengan kehadiran dan kerjasama IKRAM dalam aktiviti di kampong tersebut.
Selepas ucapan dari ketua kampong, TYDP IKRAM pula dijemput memberi ucapan. Seterusnya ceramah Semarak Ramadhan oleh Prof Md Zainal Md Yusuf dan diikuti ceramah Palestin oleh PM Jiwa Abdullah.
Majlis telah berhenti sementara untuk solat Asar dan disambung semula dengan upacara penyampaian hadiah kepada Ibu Tunggal dari 4 buah kampong iaitu Parit Ulong, Sri Menanti, Pt Lapis Bangas dan Pt Bangas. Seramai 90 orang yang layak telah dipilih untuk menerima sumbangan tersebut.
Majlis khas ini telah dirasmikan oleh exco Perumahan Kerajaan Tempatan Datuk Ahmad Zahri Jamil selaku YB Parit Sulong.
Majlis diakhiri dengan jamuan sate dan sup daging “power” kepada semua para tetamu. Lebih kurang pukul 6.00 ptg majlis tamat sepenuhnya.
26/7/2011
Semarak Ramadhan – JJB kembali ke Yong Peng
Alhamdulillah pada 26 Julai 2011 yang lalu, pasukan Ikramteens Batu Pahat telah berkunjung ke SMK Dato’ Seth, Yong Peng dalam program JJB Kembali!. Kunjungan kali ini adalah program susulan dari program JJB yang telah diadakan oleh pasukan Ikramteens Negeri.
Program berlangsung sekitar 2 jam dari jam 11:00 pagi – 1:00 tengahari. Pasukan Ikramteens BP diketuai oleh pengurus Ikramteens BP sendiri iaitu Pn Hjh Hayati bt Abdullah (mak uda) serta kakak-kakak fasilitator iaitu Kak Farihin, Kak Fariha, Kak Kausar (kak kay), dan Kak Faridah (kak fifi).
Selepas sesi pengenalan yang ringkas, adik-adik di sajikan dengan gambar-gambar semasa program JJB berlangsung dulu. Selepas itu adik-adik bermain permainan “Bulatan Gembira” yang memerlukan adik-adik untuk “fokus, jujur dan amanah” sepanjang permainan. Beberapa orang yang berjaya sehingga akhir telah menerima cenderahati dari pihak Ikramteens.
Persembahan video dari Maher Zain bersama Irfan Makki mengisi slot seterusnya. Dengan lagu “I Believe” di harapkan menjadi suntikan semangat buat adik-adik menghadapi cabaran mendatang dalam melakukan perubahan diri.
Seterusnya adik-adik mendapat makanan “rohani” dari mak uda tentang persediaan menghadapi Bulan Ramadan dalam slot “Semarak Ramadan”. Adik-adik begitu kusyuk mendengar penyampaian yang di berikan. Semoga ilmu yang diperolehi di manfaatkan sebaiknya.
Sekitar jam 1, majlis tamat dengan penyampaian banner Semarak Ramadan kepada Ustazah Rashidah oleh Pengurus
24/7/2011
Program Semarak Ramadhan Surau Parit Jayus Tiga, Kg Sejagung Sri Medan, BP
Ceramah telah disampaikan oleh TYDP IKRAM BP, PM Dr Jiwa Abdullah. Seramai 100 orang telah hadir. Ceramah bermula selepas solat Isyak lebih kurang 9.30 malam sehingga 10.30 malam. Program dimulakan dengan berselawat ke atas Nabi, ucapan dari Ketua Kampong Encik Mursidi Munasir dan seterusnya ceramah Semarak Ramadhan.
Sebelum ceramah semua tetamu telah dijamu dengan makan malam. Warga kampong telah bersama bergotong-royong pada sebelah petangnya menyediakan juadah untuk majlis malam itu.
Program diakhiri dengan penjualan Kurma Aqsa Sharif dan sebanyak 13 kotak telah berjaya dijual.

24/7/2010
PROGRAM SEMARAK RAMADHAN SURAU AL ADZIM, TMN. BKT. PERDANA, BP
Seramai lebih kurang 90 orang telah menyertai Program Semarak Ramadhan di Surau Al Adzim, Tmn. Bkt. Perdana yang telah berlansung dari 9 pagi hingga 12 tengahari. Mereka terdiri daripada kanak-kanak Tadika Iman Taman Bukit Perdana, pelajar-pelajar sekolah rendah dan kaum ibu.
Program ini adalah anjuran bersama Biro Wanita Surau, IMAN ELC dan IKRAM Batu Pahat (JK Wanita).
Dalam ucapan pembukaan, Pengurus Tadika Iman Batu Pahat, Pn. Hjh. Saripah Ahmad telah menyentuh tentang objektif mengadakan program ini. Di antaranya adalah :-
- Mengadakan satu program khusus untuk menyambut kedatangan bulan Ramadhan yang mulia.
- Memperkenalkan dan mendidik kanak-kanak dari awal lagi agar mencintai surau dan kemuliaan bulan Ramadhan.
- Merapatkan hubungan silaturrahim dan ukhwah Islamiah di antara AJK Surau, guru-guru Tadika dan Pusat Jagaan IMAN, Wanita IKRAM Batu Pahat dan ahli qariah Surau Al Adzim.
Wakil Biro Wanita Surau, Puan Hjh. Rubiah, juga telah berucap.
Ketua Wanita IKRAM Batu Pahat, Pn. Hjh. Saadiah Mohamed pula dalam ucapannya menerangkan apakah peranan wanita IKRAM Batu Pahat dalam masyarakat. Di antaranya adalah berusaha memperkasakan wanita Islam dalam masyarakat dengan memberi kesedaran dan kefahaman Syariah Islam. Wanita IKRAM bersedia mengadakan program kerjasama dengan mana- mana pihak yang berminat dalam menjayakan usaha tersebut, demi melahir dan membentuk peribadi- peribadi muslim yang sejati. Dengan ini, akan lahirlah satu masyarakat yang sejahtera lagi harmoni.
Beliau juga ada menyebut perancangan wanita IKRAM yang akan datang, seperti mengadakan Sambutan Hari Wanita dan Hari Kanak-kanak di peringkat daerah.
Puan Hjh. Saadiah juga tidak melepaskan peluang mengajak para wanita untuk menjadi ahli IKRAM. Anak- anak mereka pula dipelawa menjadi ahli Kelab IKRAM Junior.
Alhamdulillah….
Ekoran dari pelawaan itu seramai 4 orang wanita telah mengisi borang permohonan menjadi ahli IKRAM , manakala 10 orang kanak-kanak telah memohon keahlian Kelab IKRAM Junior.
Program telah diserikan lagi dengan aktiviti-aktiviti kanak-kanak. Pihak penganjur telah mengadakan Pertandingan Mewarna untuk kanak-kanak 5 tahun dan Explorace untuk kanak-kanak sekolah rendah. Program berjalan serentak dengan Ceramah Ihya Ramadhan oleh Ustazah Khadijah Abdullah.
Akhir sekali, Semarak Ramadan Bt Perdana telah diceriakan dengan Cabutan Bertuah dan Penyampaian hadiah.
16-17 Julai 2011
Program Jom Jadi Anak Soleh (Semarak Ramadhan) Surau AL Ikhlas Taman Maju, BP
Ini adalah program untuk anak-anak sekolah rendah yang tinggal di Taman tersebut. Seramai 46 peserta yang terdiri daripada 21 perempuan dan 25 lelaki telah hadir. Program ini adalah anjuran bersama Wanita Ikram Batu Pahat dan AJK surau.
Beberapa aktiviti telah dijalankan antaranya :
1.Ceramah Semarak Ramadhan oleh Prof. Hj Md Zainal b Md Yusuf
2. Motivasi belajar oleh Prof Saparuddin
3. Aktivitii luar yang dikendalikan oleh Pn. Kasmamorni bersama AJK Surau dan Fasi daripada IPTHO
4. Ceramah Meniti Usia Baligh oleh Pn. Hayati Abdullah (Mak Uda)
Mudah-mudahan semua dapat keberkatan dan diterima sebagai amal soleh.
16/4/2011
Program Solat Tunjang Kekuatan Diri
Program Solat Tunjang Kekuatan Diri anjuran unit Wanita IKRAM Batu Pahat dan Masjid Sultan Ismail telah dapat dijalankan dengan jayanya pada 16 April 2011 baru-baru ini. Seramai 283 orang peserta telah mendaftar untuk program tersebut. Ekoran dari program ini, seramai 30 orang peserta telah mendaftar sebagai ahli seumur hidup IKRAM.
Penceramah jemputan terdiri daripada Ketua Wanita Pusat, Ustz. Maznah Daud, dan Ustz. Shahidah Syeikh Ahmad dari Sekolah Menengah Islam Hidayah, Senai. Pengisian Ustz. Shahidah yang memaparkan kisah-kisah benar dari kubur sungguh menyentuh jiwa peserta.
3/2/2011
2/2/2011
Deru ketiga Batu Pahat
Rabu (02/02/2011) jam 6.30 petang
Alhamdulillah,petang tadi wakil deru IKRAM BP telah dapat menyerahkan bantuan makanan seperti beras, gula pasir, minyak masak, tepung gamdum dan 3 bungkus roti sumbangan dari kedai roti saudara Azhar, kepada wakil Kg Pt Lapis Bangas dan Kg Seri Menanti ( Encik Yusof Marzuki) dengan bantuan abang iparnya di Batu Pahat untuk membawa sumbangan tersebut ke tempat mangsa banjir.Oleh kerana jalan masuk ke tempat tersebut terputus,bekalan tersebut hanya dihantar sehingga kei Yong Peng di sebelah Lucky Garden. Dari situ, beberapa orang wakil kampong tersebut telah mengangkut bekalan dengan menggunakan motosikal. Insya’Allah,Deru IKRAM BP akan meneruskan usaha ini untuk membantu mangsa banjir di Seri Medan menggunakan apa sahaja cara agar bantuan terus dapat disalurkan.
Saudara Yusof Mazuki (wakil Kg Pt Lapis Bangas dan Kg Seri Menanti) sedang membantu memunggah barang bantuan ke kereta abang iparnya.
1/2/2011
Deru kedua Batu Pahat
31/1/2011
Deru pertama Batu Pahat
Pada petang Isnin 31 Jan 2011, TYDP dan SU IKRAM BP serta beberapa orang ahli yang lain telah menghantar bantuan makanan kepada mangsa-mangsa banjir di Kg Sejagung, Sri Medan. Barang-barang yang dihantar adalah keperluan asas seperti beras, minyak masak , sardin, gula, teh, kopi, susu dll.
4-5/12/2010
Keindahan Bersamamu (KBM) di Kampung Parit Lapis Bangas



Dengan izin Allah S.W.T pada 4 & 5 Dis yang lepas ini, program Keindahan Bersama Mu (KBM) peringkat rendah darjah 5 hingga menengah tingkatan 2 telah dapat dilabuhkan di Kampung Parit Lapis Bangas( KPLB). Ianya adalah anjuran JK Masjid/ Kampung dengan kerjasama IKRAM Batu Pahat. Program 2 hari ini diadakan di bahagian jantung kampung iaitu Masjid Jamek Kampung Parit Lapis Bangas (KPLB) dan juga balai raya kampung. Meskipun selama ini KBM remaja diadakan di sekolah namun kali ini ianya diadakan di kampung.
Alhamdulillah bukan hanya anak-anak kampung sahaja pesertanya, tetapi kami telah mengajak ibubapa daripada sebelah kampung (Kg. Pt. Hj. Khalid) agar anak mereka semua dapat menyertainya dalam Program KBM ini yang selama ini tidak tahu apa pengisiannya. Dengan penyertaan seramai 62 pelajar dari kedua-dua kampung, pengendali KBM Batu Pahat, Cikgu Rozita (Mak Chu) telah dapat megemudi program ini dengan jayanya .
Majlis Penutup diserikan dengan kehadiran Tok Penghulu Mukim Sri Medan En. Muhammad Yasin B. Hassan, Pengerak Masjid Dun Sri Medan Tn. Hj. Mustafa b. Hj. Marzuki dan TYDP IKRAM Batu Pahat Dr. Jiwa B. Abdullah. Tegas Tok Penghulu dalam ucapannya menyatakan sokongan terhadap program seperti KBM ini yang jarang diadakan terutamanya kepada anak-anak dalam peralihan ke alam remaja iaitu dari darjah enam ke tingkatan satu. Sementara itu TYDP IKRAM Batu Pahat Dr. Jiwa B. Abdullah dalam ucapan penutupan telah “mempromosikan” IKRAM … Terutamanya aktiviti-aktiviti IKRAM yang berteraskan acuan Islam dalam pembinaan insan dalam masyarakat. Manakala tindakbalas daripada pihak ibu/bapa amat positif sekali dengan adanya KBM ini mampu dalam menangani masalah sosial disamping dapat memberikan pengisian kepada anak-anak yang baru meningkat remaja dimana apabila telah meningkat belia agak susah untuk melenturnya.
Akhirnya, sekali lagi Jazakallahu khairan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan KBM Kampung ini. Terutamanya kepada IKRAM Batu Pahat , Pak Chu, Mak Chu, Cikgu Yusof, semua barisan fasilitator, JK Masjid, JK Kampung, krew-krew masak, dan semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan KBM ini.
29/11/2010 – 1/12/2010
KEM HAFAZAN AULAD IKRAM BATU PAHAT


Ahamdulillah, Unit Wanita IKRA
M Batu Pahat telah berjaya melaksanakan satu aktiviti untuk anak-anak ahli IKRAM Batu Pahat iaitu Kem Hafazan pada 29 Nov – 01 Disember 2010. Program tersebut dijalankan di Homestay Pusat Perubatan Homeopathy, Parit Raja, Batu Pahat, Johor.
Peserta program terdiri dari anak-anak ahli IKRAM yang berumur antara 7-12 tahun. Sepanjang program ini dijalankan, beberapa aktiviti sampingan diadakan bagi mengelakkan rasa bosan. Antaranya termasuklah aktiviti riadah, bernasyid, berlakon tentang cerita dalam al-Qur’an, treasure hunt dan juga aktiviti berpantun.
Moga program seperti ini memberi manafaat yang berpanjangan. Tahniah IKRAM Batu Pahat kerana berjaya mengisi masa lapang cuti anak-anak dengan perkara yang berfaedah.
27/11/2010
Program Persatuan Penduduk Taman Manis 2 Batu Pahat

Pada 27 November 2010, doktor-doktor pakar ahli IKRAM Muar, yang juga ahli Persatuan Perubatan Islam Malaysia (PPIM) telah dijemput oleh Jawatankuasa Wanita Persatuan Penduduk Taman Manis 2 Batu Pahat untuk program forum dan pemeriksaan kesihatan mereka.
Program telah diadakan di rumah ukhti Rozita, AJK IKRAM Batu Pahat yang juga ahli J/K Persatuan tersebut dan dihadiri sekitar 20 orang yang semuanya wanita.
Ahli panel ialah Dr. Abdul Halim, Pengerusi J/K belia IKRAM Muar (pakar ENT), Dr Norlaili (pakar Mata) dan Dr Rosdina (Pakar Perubatan Keluarga) yang membuat penyampaian mengikut kepakaran masing-masing. Dr. Abdul Halim telah berpeluang memperkenalkan serba sedikit tentang IKRAM dan juga PPIM.
Program diakhiri dengan program pemeriksaan kesihatan.
Semoga amalan yang kecil ini diterima oleh Allah swt dan akan melonjakkan lagi nama IKRAM di dalam masyarakat sebagai sebuah pertubuhan yang memperjuangkan Islam yang kontemporari.
18/11/2010
IBADAH QORBAN BATU PAHAT
Ikram Batu Pahat telah menyumbang seekor lembu Qurban kepada Kampung Sejagung, Sri Medan. Ibadah Qurban telah dilaksanakan pada hari kedua Aidil Adha iaitu hari Khamis. Daging Qurbannya dimasak dan dijadikan sebagai hidangan untuk program motivasi murid-murid Sekolah Kebangsaan Sejagung pada keesokan hari, yang kehadirannya dijangka seramai lebih kurang 250 orang.
9/11/2010
Majlis Ilmu - Mustalah Hadis
Ini adalah ceramah bersiri yang disampaikan oleh Ustaz Abdul Rahim Sahlan. Hari ini merupakan siri yang ketiga.
Antara pengisian yang disampaikan ialah:
1. Hadis Mu’dhol -
- Hadis yang gugur daripadanya dua orang perawi atau lebih secara berturut-turut.
- Hukum hadis dhaif.
2. Hadis Mudallas –
- Periwayat meriwayatkan hadisnya dari syeikh yang ditemuinya tetapi tidak mendengar darinya, atau dari orang yang mendengar darinya, atau menamakan atau menggelarkan syeikhnya dengan gelaran yang tidak diketahui sekalipun gelaran itu adalah gelaran yang betul
Ada 2 jenis – 1 Mudallas pada sanad
- 2 Mudallas pada Guru/Syeikh
3. Hadis Mudtorib -
- Perbezaan di dalam periwayatan hadis dari sudut matan dan sanad yang lebih dari satu dan tiada rujukan asas serta tidak boleh digabungkan.
- Hukum hadis dhaif.
4. Hadis syaz -
- Perawi thiqah meriwayatkan hadis yang berbeza dari apa yang diriwayatkan oleh orang ramai.
- Hukum hadis bergantung samada perawinya thiqah atau tidak thiqah.
26/10/2010
Pernikahan Saudara Baru (Kg Seri Menanti, Seri Medan)



Program ini adalah anjuran bersama Majlis Agama Johor, Pertubuhan IKRAM Batu Pahat dan JKKK Kg Seri Menanti. Seramai 5 pasangan pengantin saudara baru telah selamat diijabkabulkan pada hari itu.
2 orang wakil daripada IKRAM Batu Pahat iaitu Prof Mohd Zainal dan Prof Madya Dr Khalid telah turut hadir di dalam majlis tersebut.
3/10/2010
Jamuan Aidlfitri IKRAM
- Jamuan telah diadakan diadakan di Masjid Riadhus Solihin, Pintas Puding, Parit Raja, Batu Pahat.
- bermula dari 9 pagi hingga 12 tengahari
- Mereka yang hadir adalah dari kalangan pelajar IPT, remaja dan juga keluarga ahli-ahli IKRAM BP
26/9/2010 dan 2/10/2010
Program ziarah Aidilfitri
- Ziarah ahli-ahli IKRAM



- Ziarah raya ini bertujuan untuk mengeratkan ukhwah
- keluarga yang diziarahi termasuk juga yang bukan ahli IKRAM
21/9/2010 -
Program Aqsa Syarif
- Pada sebelah pagi dijemput mengadakan pameran di UTHM Parit Raja sempena program sambutan “Hari Keamanan Sedunia UNESCO” anjuran UTHM.
- Ust Hassanuddin juga telah dijemput sebagai salah seorang ahli panel forum sempena majlis sambutan ini.
- Pada sebelah malamnya Ust Hassanuddin dijemput pula berceramah
di Masjid Sultan Ismail Batu Pahat
5/9/2010
Sumbangan Kebakaran
- Sebanyak RM 1000 telah berjaya dikutip dalam rayuan derma kilat untuk mangsa kebakaran di Parit Bilal Batu Pahat.
- IKRAM BP telah menghulurkan sebanyak RM 300, menjadikan jumlah yang disumbang kepada mangsa sebanyak RM 1300.
3/9/2010
Qiam Perdana
- Diadakan di surau Taman Bukit Perdana Batu Pahat.
- Kehadiran seramai lebih kurang 40 orang
- Qiamulail dan solat subuh telah dipimpin oleh Ustaz Mat Isa Man (YDP)
- Kuliah subuh telah disampaikan oleh Dr Jiwa Abdullah (TYDP)
21-22/8/2010
Keindahan Bersama Ramadhan 2010
Seramai lebih kurang 150 orang peserta terdiri daripada belia, remaja dan kanak-kanak telah menyertai program tersebut. Program ini telah diadakan di Masjid Riyadhus Solihin, Pintas Puding, Parit Raja, Batu Pahat. Program ini merupakan program bersama AJK Pembangunan Masyarakat, Khidmat Masyarakat, Kelab Belia Remaja, Wanita IKRAM dan AJK masjid.

Antara pengisian program :
21/8/2010 (petang dan malam)
- explorace remaja dan aulad
- iftar jama’i bersama qariah masjid
- ceramah Palestin oleh Dr Jiwa Abdullah
- santapan malam oleh saudara Imran
- Qiam jama’i dipimpin oleh tuan Hj Roslan Abd Hamid (wakil IKRAM Negeri)
- bersahur jama’i
- Kuliah Subuh oleh Tuan Hj Roslan
22/8/2010 (pagi – tengahari)
- ziarah kubur (di belakang masjid) di waktu pagi
- mengedar bantuan, dalam bentuk barang-barang dapur, kepada fakir miskin, saudara-saudara baru dan orang-orang asli. Seramai 20 keluarga telah diberi bantuan dan program ini adalah dengan kerjasama Iman ELC cawangan Batu Pahat.
24/7/2010 -
Program Aqsa Syarif – Bersama Bebaskan Palestin
-Anjuran bersama dengan Jawatan Kuasa Kg Parit Lapis Bangas
- Selepas solat Isyak ust. Hassanuddin telah menyampaikan ceramahnya di perkarangan masjid Kg. Parit Lapis Bangas. Beliau telah menceritakan sedikit tentang pengalamannya semasa ditawan di atas kapal Mavi Marmara.


























































saya tinggal di batu pahat. bagaimana nak sertai ikram batu pahat?
Salam, utk menyertai ikram BP anda boleh menjadi ahli dgn mengisi borang, yg boleh didapati di sini: http://www.ikram.org.my/v1/index.php?option=com_wrapper&view=wrapper&Itemid=56
borang yg sudah didisi boleh dihantar kpd saya……no tel: 4531191 atau 0137157912